PI Meradong - Asas Keusahawanan & Soft Skills - 21 April 2019
22 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2019 baru-baru ini, PI Meradong telah menjalankan satu aktiviti soft skills iaitu Pembentangan Tugasan Produk Saya. Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta.Pada hari tersebut, peserta telah diajar bagaimana untuk memasarkan produk pilihan masing-masing dengan menggunakan Ms. Power Point. Terlebih dahulu, peserta diajar elemen-elemen penting yang perlu diterangkan di dalam slide pembentangan produk masing-masing. Setelah semua peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan, peserta akan menyiapkan tugasan dan kemudiannya membentangkan hasil kerja di hadapan peserta lain dan staf Pusat Internet.
Terdapat 2 kumpulan sepanjang sesi tersebut dan setiap kumpulan dikehendaki untuk memasarkan produk masing-masing bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berdiri di khalayak ramai dan memantapkan soft skills masing-masing. Diharapkan program seperti ini dapat membantu anak-anak muda untuk berani menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: